| |
|
| |
Umrah bererti berziarah ke Baitullah di Mekah dengan berihram
umrah untuk mengerjakan tawaf, saie dan lain-lain rukun serta
wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua orang Islam, yang telah
memenuhi syarat, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan
mengerjakannya berulang-ulang kali.
Daripada Zaid bin Thabit berkata, sabda Rasulullah s.a.w., Haji
dan Umrah itu diwajibkan ke atas kamu (setelah cukup syaratnya) dan
kamu boleh mengerjakan yang mana satu terlebih dahulu
Sabdanya lagi:
Umrah itu kifarah (penghapus dosa) bagi dosa-dosa yang
dilakukan di antaranya dengan Umrah yang sebelumnya dan Haji yang
mabrur itu balasannya adalah syurga.
"Satu solat yang dikerjakan di masjidku ini (Masjid Nabawi di
Madinah) adalah lebih utama daripada 1,000 solat di masjid-masjid yang
lain kecuali Masjidil-Haram. Dan satu solat di Masjidil-Haram adalah
lebih utama daripada 100,000 solat di masjid-masjid lain
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada sahabat Jabir r.a. |
ATURCARA UMRAH 11 HARI
/ 9 MALAM :
HARI 01 : KL / DOHA / JEDDAH / MADINAH
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Jeddah melalui Doha pada
pukul 3.35 pagi. Dijangka tiba
di Doha pada jam 6.00 pagi dan penerbangan seterusnya ke Jeddah
pada pukul 1.00 ptg.
Sebaik tiba pada jam 3.30 ptg dan selepas pemeriksaan immigresen
dan kastam Saudi, terus bertolak ke Madinah.
HARI 02 :
MADINAH
Subuh di Masjid Nabawi dan diikuti dengan ziarah di dalam masjid seperti
Makam Nabi Muhammad s.a.w. dan
Raudhah.
Selepas sarapan pagi, ziarah ke tempat-tempat sejarah di
sekitar Madinah, Masjid Quba,Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid
Tujuh dan Pasar Kurma.
HARI 03 : MADINAH
Acara bebas dengan aktiviti ibadat sendirian.
HARI 04 : MADINAH / MAKKAH
Pagi acara bebas. Selepas makan tengahari terus bertolak ke Bir Ali untuk
berniat Ihram Umrah sebelum
meneruskan perjalanan ke Kota Suci Makkah.
Dijangka tiba di Makkah lewat petang dan daftar masuk ke hotel. Rehat
untuk seketika sebelum makan
malam dan
diikuti dengan mengerjakan Umrah secara berkumpulan diketuai oleh
Muttawif.
HARI 05 : MAKKAH
Acara bebas dengan aktiviti ibadat sendirian.
HARI 06 : MAKKAH
Selepas sarapan pagi, acara ziarah ke Kota Makkah,
Muzdalifah, Mina Arafah Jabal Nur dan Jaaranah untuk niat Ihram kepada
Jemaah yang ingin
mengerjakan Umrah.
HARI
07-09 : MAKKAH
Acara bebas untuk beribadat sendirian.
HARI 10 :
JEDDAH / DOHA
Selepas sarapan pagi anda diminta melakukan Tawaf Wida (Selamat
Tinggal) sebelum bertolak ke
Jeddah untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur jam 5.00 ptg
melalui Doha. Dijangka tiba di Doha pada jam 7.15 mlm.
HARI 11 :
DOHA / KUALA LUMPUR
Penerbangan dari Doha jam 1.35 pagi ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di
KLIA pada jam 1.55
ptg dengan selamat
Insyallah.
|
Untuk tempahan,
sila hubungi - Hotline :
1-300-8-UMRAH
(1-300-88-6724)
|
|
|
|
|
|
|
Tarikh |
Pakej A :
INDIVIDU |
Pakej B :
PASANGAN |
Pakej C :
FAMILI
(4 org & lebih) |
|
Apr / Mei |
RM 6,640.00
RM 554.00 x 12 bln
|
RM 6,585.00
RM 549.00 x 12 bln
|
RM 6,480.00
RM 540.00 x 12 bln
|
|
Jun / Jul |
RM 6,850.00
RM 571.00 x 12 bln
|
RM 6,800.00
RM 567.00 x 12 bln
|
RM 6,695.00
RM 558.00 x 12 bln
|
|
Ogos |
RM 7,050.00
RM 588.00 x 12 bln
|
RM 7,000.00
RM 583.00 x 12 bln
|
RM 6,910.00
RM 576.00 x 12 bln
|
|
Ramadan |
RM 7,600.00
RM 633.00 x 12 bln |
RM 7,550.00
RM 629.00 x 12 bln |
RM 7,450.00
RM 621.00 x 12 bln |
NOTA:
- Harga tertakluk kepada perubahan
harga tiket kapalterbang, surcaj dan
cukai.
- Cara pembayaran menggunakan kad kredit dan debit diterima.
- Bayaran secara tunai / kad kredit caj penuh / debit akan mendapat
rebet pulangan.
- Skim Bayaran Ansuran Maybank Islamic Kad Kredit Ikhwan EzyPlan
disediakan kepada yang layak.
|
Setiap pakej yang dilanggan
sebanyak RM 50.00 akan disedekahkan
kepada golongan asnaf terpilih! |
Pakej termasuk:
Harga untuk seorang
Penerbangan pergi balik kelas Ekonomi menaiki Qatar Airways atau
setaraf
Pengangangkutan berhawa dingin JED/MAD/MEK /JED
Penginapan 2 / 3 / 4 orang sebilik di Hotel Sanabel (Madinah) &
Hotel Maisarah (Mekah) atau setaraf
Cukai Lapangan Terbang
Visa Umrah
Makan & minum sepanjang penginapan
Perkhidmatan Mutawif berbahasa Melayu
Seorang Ustaz pembimbing dari Malaysia yang akan mengetuai Jemaah
bermula dari kursus sehingga selesai ibadah
Ziarah di Mekah & Madinah bersama Mutawif
Air Zam-Zam 10L setiap seorang
Kursus Umrah dan Sesi Soal Jawab
Beg baju & beg sandang bersama buku panduan
Kain Ihram (lelaki) & telekong (wanita)
Gelang penanda nama
Tanda nama & Tanda Beg
Perlindungan Takaful (Pilihan)
Urusan skim bayaran ansuran (bagi yang memerlukan)
PROSEDUR
PERMOHONAN VISA UMRAH
Dokumen yang diperlukan :
1) Pasport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6
bulan
dari tarikh penerbangan beserta 6 muka surat kosong.
2) Salinan pasport yang masih sah tempoh laku.
3) 4 Keping Gambar berukuran 6cm x
4cm dengan wajah meliputi 80% dari
keseluruhan gambar berlatar belakangkan warna putih. Bagi
lelaki tidak
dibenarkan bersongkok dan bagi wanita diwajibkan memakai
tudung kepala
(hitam @ gelap).
4) Kad Suntikan ACYW135 (Meninggocoal)
daripada doktor kerajaan atau
swasta.
5) Salinan Surat Nikah bagi wanita
yang sudah berkahwin.
6) Surat Kebenaran daripada suami
atau waris bagi wanita yang pergi
tanpa suami.
7) Salinan Surat Beranak bagi
perempuan yang bermahramkan bapanya.
8) Salinan Surat Beranak bagi
kanak-kanak lelaki & perempuan berumur
kurang daripada 18 tahun.
9) Salinan Kad Pengenalan untuk
setiap seorang.
NOTA:
-
Salinan pasport hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum
tarikh berlepas atau semasa pendaftaran.
- Semua dokumen yang lain perlu diserahkan 30 hari sebelum tarikh
berlepas
- Jika gagal menyebabkan pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab
atas
segala kelewatan berkait mengenainya.
Kemudahan kewangan perbankan Islam disediakan oleh:
 |
|